Alhamdulillahirobbil aalamiin, Wassholatuwassalam ashrofil ambiyaiwal mursalin, waalaa aalihi washohbihi ajmain
Allahummaftah alaina hikmataka wan shur alaina, minkhoza iniroh matika ya Ar haramarrohimin.
Ya Allah Bagi-Mu segala puji pujian.
Kami merafakkan kesyukuran di atas keizinan-Mu dapat kami berhimpun pada hari ini di dalam program / aktiviti / pertandingan ............ dan lain².
Ya Rahman Ya Rahim,
Limpahkanlah Rahmat dan kasih sayang kepada kami, ibu bapa kami, keluarga dan anak-anak kami, guru-guru kami, anak-anak didik kami dan juga sahabat-sahabat seperjuangan.
Ya Allah Ya Tuhan Kami,
Sesungguhnya kami berhimpun di sini bagi menyatakan kesungguhan, komitmen dan iltizam kami
dengan roh dan semangat untuk membangun, membina serta mendidik dan memartabatkan supaya berbudi dan berjasa kepada agama, bangsa dan negara.
dengan roh dan semangat untuk membangun, membina serta mendidik dan memartabatkan supaya berbudi dan berjasa kepada agama, bangsa dan negara.
===================
MAJLIS YANG SESUAI:
Mesyuarat, bengkel, kursus, PLC dan lain².
Mesyuarat, bengkel, kursus, PLC dan lain².
Justeru… berkatilah pertemuan dan usaha-usaha kami. ilhamkanlah dalam fikiran dan minda kami, idea-idea yang bernas, pandangan-pandangan yan jelas dan keputusan-keputusan yang waras.
Kurniakanlah limpahan ilmu yang berguna dan kefahaman yang benar. Satukanlah hati-hati dan eratkanlah silatur rahim dikalangan kami. Padu kan lah tenaga dan usaha kami untuk memartabatkan pendidikan bangsa secara bersama demi mencapai kecemerlangan dan kegemilangan.
=====================
MAJLIS YANG SESUAI:
Sukan, pertandingan,
=====================
Ya Zal Jala Li Wal Ikrom,
Jadikanlah kami Ya Allah, dari kalangan hamba-hamba Mu yang taat dan bersyukur.
Jauhkanlah diri kami dari melanggari perintah Mu. Kurniakanlah kepada kami kesihatan yang berpanjangan, kesejahteraan yang sempurna , fikiran yang waras, minda yang cergas, rezeki yang halal, zuriat dan generasi beriman serta segala kebaikan di dunia dan akhirat.
.......................
Allahuma jja al, jam 'ana haaza jam 'an marhuu ma,
Watafarruu qona, mim ba' dihi,
tafar ruqon ma' suu ma,
tafar ruqon ma' suu ma,
Walaa taj 'al Allah humma fii na walaa maana,
Walaa man, yat ba'uuna, shakiy yau walaa matruuda
Walaa mahruma.
اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا ، وَتَفَرُّقَـَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقاً مَعْصُوْمًا ، وَلاَ تَجْعَلِ اللَّهُمَّ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا وَلاَ مَنْ يَتْبَعُنَا شَقِيًّا وَلاَ مَطْرُوْدًا وَلاَ مَحْرُوْمًا .
.....................................
* Jika mahu tambah doa (panjang) boleh pilih
* Jika mahu tambah doa (panjang) boleh pilih
اللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِالإِيْمَانِ وَلاَ تَجْعَلْ فِيْ قـُلُوْبِنَا غِلاًّ لِلَّذِيْنَ ءَامَنُوْا رَبَّنَاإنَّكَ رَءُوْفٌ رَحِيْمٌ
رَبَّنَا آَتِنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًا
رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَة ً وَفِي الأخِرَةِ حَسَنَة ًوَقِنَا عَذَابَ النَّار ِ
وَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ ، وَالْحَمْدُلِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ
*******
No comments:
Post a Comment