Sunday, 25 February 2018

DOA MAJLIS

Alhamdulillahirobbil aalamiin, Wassholatuwassalam ashrofil ambiyaiwal mursalin, waalaa aalihi washohbihi ajmain
Allahummaftah alaina hikmataka wan shur alaina, minkhoza iniroh matika ya Ar haramarrohimin.

Ya Allah Bagi-Mu segala puji pujian.
Kami merafakkan kesyukuran di atas keizinan-Mu dapat kami berhimpun pada hari ini di dalam program / aktiviti / pertandingan ............ dan lain².

Ya Rahman Ya Rahim,
Limpahkanlah Rahmat dan kasih sayang kepada kami, ibu bapa kami, keluarga dan anak-anak kami, guru-guru kami, anak-anak didik kami dan juga sahabat-sahabat seperjuangan.

Ya Allah Ya Tuhan Kami,
Sesungguhnya kami berhimpun di sini bagi menyatakan kesungguhan, komitmen dan iltizam kami
dengan roh dan semangat untuk membangun, membina serta mendidik dan memartabatkan supaya berbudi dan berjasa kepada agama, bangsa dan negara.

===================
MAJLIS YANG SESUAI:
Mesyuarat, bengkel, kursus, PLC dan lain².
Justeru… berkatilah pertemuan dan usaha-usaha kami. ilhamkanlah dalam fikiran dan minda kami, idea-idea yang bernas, pandangan-pandangan yan jelas dan keputusan-keputusan yang waras.
Kurniakanlah limpahan ilmu yang berguna dan kefahaman yang benar. Satukanlah hati-hati dan eratkanlah silatur rahim dikalangan kami. Padu kan lah tenaga dan usaha kami untuk memartabatkan pendidikan bangsa secara bersama demi mencapai kecemerlangan dan kegemilangan.

=====================
MAJLIS YANG SESUAI:
Sukan, pertandingan, 

=====================

Ya Zal Jala Li Wal Ikrom,
Jadikanlah kami Ya Allah, dari kalangan hamba-hamba Mu yang taat dan bersyukur.
Jauhkanlah diri kami dari melanggari perintah Mu. Kurniakanlah kepada kami kesihatan yang berpanjangan, kesejahteraan yang sempurna , fikiran yang waras, minda yang cergas, rezeki yang halal, zuriat dan generasi beriman serta segala kebaikan di dunia dan akhirat.
.......................
Allahuma jja al, jam 'ana haaza jam 'an marhuu ma,
Watafarruu qona, mim ba' dihi,
tafar ruqon ma' suu ma,
Walaa taj 'al Allah humma fii na walaa maana,
Walaa man, yat ba'uuna, shakiy yau walaa matruuda
Walaa mahruma.
اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا ، وَتَفَرُّقَـَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقاً مَعْصُوْمًا ، وَلاَ تَجْعَلِ اللَّهُمَّ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا وَلاَ مَنْ يَتْبَعُنَا شَقِيًّا وَلاَ مَطْرُوْدًا وَلاَ مَحْرُوْمًا .
.....................................
* Jika mahu tambah doa (panjang) boleh pilih
اللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِالإِيْمَانِ وَلاَ تَجْعَلْ فِيْ قـُلُوْبِنَا غِلاًّ لِلَّذِيْنَ ءَامَنُوْا رَبَّنَاإنَّكَ رَءُوْفٌ رَحِيْمٌ
رَبَّنَا آَتِنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًا
رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَة ً وَفِي الأخِرَةِ حَسَنَة ًوَقِنَا عَذَابَ النَّار ِ
وَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ ، وَالْحَمْدُلِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ

*******



PENGUMUMAN PEMENANG FUTSAL 2018

Pengumuman Pemenang Futsal 2018

Yg berusaha, 
PK 
yg dihormati
Pk hem
pk koko
pk t6
pk pkhas,

Keputusan pertandingan futsal tertutup smk labis (sabtu) 24 feb 2018 anjuran Kelab Futsal Prauniversiti SMK Labis dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar Prauniversiti SMK Labis. 

Majlis menjemput En. Norliza Bin Abd Rani (Penolong Kanan T6) untuk mengiringi En. Zulfidy bin hj monel (penolong kanan 1 smk labis) 

bagi menyempurnakan majlis penyampaian hadiah kepada pemenang tempat pertama hingga ketiga. 

Pasukan2 yang bertanding = 7 pasukan (1 tarik diri).

Umumkan pemenang tempat 3-1
1-3.

1. Juara: TSB fc (TAMAN SURIA BROTHERS)

2. N. Juara:TERUNA BERBISA fc

3. Ketiga: santonia fc

Dengan itu majlis menjemput wakil urusetia pertandingan untuk menerima sijil penghargaan daripada sekolah. Dipersilakan.

Guru penasihat:
En. Norliza
En. Hairi
En. Azahar
En. Hanif

Tahniah kepada penganjur iaitu Kelab Futsal Prauniversiti SMK Labis dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar Prauniversiti SMK Labis dan guru penasihatnya atas penganjuran ini.

Seterusnya, penghargaan kepada penaja utama pertandingan iaitu STU ASIA sdn bhd untuk menerima penghargaan daripada pihak sekolah. Majlis menjemput wakil stu sendirian berhad,

En. Syahrul Bin Mohamed bagi menerima pengahargaan. Dipersilakan.

Majlis seterusnya, sebagai tanda kenang-kenangan kepada pihak sekolah, hadiah drp STU Asia sdn bhd. Majlis mempersilakan En. Syahrul wakil stu sdn bhd untuk menyampaikan cenderahati kepada en. zulfidy bin hj monel.

Terima kasih kepada semua yang membantu secara langsung atau tidak langsung.

diharapkan dengan kejayaan ini dapat menyuntik semangat kepada pelajar² yang lain untuk bersama² menyertai pertandingan² yang dianjurkan pada masa akan datang.

Akhir kata. Majulah sukan untuk smk labis. Sekian terima kasih.

Tuesday, 20 February 2018

PERTANDINGAN FUTSAL TERTUTUP SMK LABIS 2018

Perjumpaan demi perjumpaan dibuat bagi merealisasikan projek futsal sekolah.








Poster ini dihasilkan sepenuhnya menggunakan aplikasi android Canva. Hanya menggunakan smartphone sudah boleh hasilkan poster dan banner menarik. Sesuai untuk AJK bahagian promosi dan siaraya.

Untuk download sila ke channel telegram ini.

TelegramSoftwareForAndroid
@softwareandroid
t.me/softwareandroid




TEAM FUTSAL JOHOR

Team Futsal Johor

Tujuan:

1. membantu para pelajar tatacara mengendalikan satu-satu aktiviti seperti penganjuran pertandingan dan sebagainya.

2. melahirkan bakat pemimpin melalui pengalaman penganjuran satu-satu program samada sukan mahupun ko-akademik.

3. memberi idea dan sumbangsaran kepada kelab lain untuk menuruti jejak langkah contoh amalan terbaik satu-satu penganjuran aktiviti.